Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Thailand tidak membenarkan sebuah kapal persiaran yang membawa sejumlah warga Itali untuk berlabuh di negaranya.
Kapal yang bernama Costa Fortuna itu telah dilarang untuk berlabuh di pulau Phuket kerana 64 orang penumpang di dalam kapal itu pernah berada di Itali semenjak 14 hari lepas, lapor media Thai.

Pengendali kapal itu walau bagaimanapun menyatakan bahawa tiada sebarang kes yang terdapat di kapal itu namun pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengambil langkah berwaspada selepas kes positif yang pernah berlaku pada kapal persiaran sebelum ini.
Thailand telah menambah Itali dalam senarai ‘kawasan penyakit berjangkit berbahaya’ sebagai langkah pencegahan dalam memerangi wabak virus ini.
Menurut Phuket News, Costa Fortuna dilaporkan membawa seramai 2,615 orang termasuk 282 warga Itali.

Daripada jumlah itu, 64 orang daripadanya didapati telah berada di Itali sepanjang 2 minggu lepas, perkara tersebut sekali gus membuatkan mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke Thailand.
Pihak berkuasa Thai juga turut tidak membenarkan penumpang lain untuk berlabuh kerana khuatir warga Itali tersebut menyebarkan virus itu kepada orang lain.
“Mereka perlu kekal di atas kapal, dan kapal itu perlu berada dalam jarak 2 batu nautika daripada persisiran,” kata pegawai polis Thai, Narong Chanaphaikul.
Sumber: Daily Mail