Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

The Laughing Cow & Monchhichi Hadir Dengan Koleksi Nostalgia Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

THE

The Laughing Cow & Monchhichi Hadir Dengan Koleksi Nostalgia Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

The Laughing Cow dan Monchhichi bergabung buat julung kalinya menerusi kolaborasi esklusif bermula pertengahan Julai ini. Kolaborasi ini meraikan nostalgia, budaya koleksi, dan kegembiraan yang tidak mengenal usia.

Ditawarkan untuk tempoh yang terhad selagi stok masih ada, kolaborasi ini membawakan keterujaan yang sukar digambarkan ketika membuka bungkusan tanpa mengetahui rekaan mana yang bakal dimiliki.

Perasaan inilah yang sentiasa membuatkan peminat tidak sabar menantikan setiap pelancaran koleksi edisi terhad. Dan kini, rakyat Malaysia boleh merasai pengalaman itu apabila membeli-belah di pasar raya berhampiran menerusi dua jenama yang telah menjadi sebahagian daripada nostalgia ramai sejak sekian lama.

Kolaborasi yang Meraikan Budaya Koleksi Rakyat Malaysia

Daripada pelancaran edisi terhad hinggalah kolaborasi bersama karakter ikonik, budaya mengumpul barangan koleksi kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kolaborasi The Laughing Cow x Monchhichi hadir tepat pada masanya dengan memperkenalkan empat rekaan rantai kunci, terdiri daripada tiga rekaan bertemakan The Laughing Cow dan satu rekaan eksklusif Malaysia, yang dimasukkan secara rawak di dalam setiap beg tote edisi terhad.

Caranya mudahsDengan pembelian minimum RM39 produk The Laughing Cow di Jaya Grocer, Aeon, TFP, Lotus, Cold Storage, Mercato, QRA, Isetan, KNL, Billion atau Seibu untuk menebus satu beg tote berserta satu rantai kunci di dalamnya. Rekaan yang diterima bergantung kepada nasib anda!

Koleksi Eksklusif yang Wajar Dimiliki

Bagi meraikan kolaborasi ini, The Laughing Cow dan Monchhichi turut memperkenalkan beg tote edisi terhad yang bukan sahaja praktikal untuk kegunaan harian, malah sesuai dijadikan koleksi. Sama ada untuk ke pasar raya, ke tempat kerja atau digunakan pada hujung minggu, beg tote ini hadir bersama satu rantai kunci yang dibungkus secara rawak di dalamnya.

Terdapat empat rekaan keseluruhannya, tiga bertemakan The Laughing Cow dan satu rekaan eksklusif Malaysia yang hanya boleh didapati menerusi kolaborasi ini.

Setiap penebusan hadir dengan elemen kejutan tersendiri. Setelah menerima beg tote anda, lihat rekaan rantai kunci yang berjaya diperoleh. Dengan hanya empat rekaan tersedia dan kuantiti yang terhad, peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mula mengumpul seawal yang mungkin.

Dua Jenama, Satu Memori Bersama Rakyat Malaysia

Bagi ramai rakyat Malaysia, The Laughing Cow bukanlah nama yang asing. Logo lembu merah ikoniknya, keju berbentuk segi tiga serta keju Belcube telah menjadi pilihan isi rumah dan menghiasi peti sejuk keluarga sejak turun-temurun.

Monchhichi pula lebih daripada sekadar karakter comel dari Jepun. Ia merupakan antara ikon Jepun yang paling digemari dan terus mencuri hati peminat merentas generasi kerana daya tarikannya yang kekal dan nostalgia yang sentiasa dekat di hati.

Bersama, kedua-duanya menghasilkan satu kolaborasi yang mampu menghubungkan dua generasi. Mereka yang membesar bersama kedua-dua jenama ini pasti mengimbau kembali kenangan lama, manakala generasi baharu pula berpeluang mengenali Monchhichi melalui budaya koleksi yang mendorong begitu banyak perkara yang mereka minati hari ini.

Snek yang Sesuai Dinikmati Pada Bila-bila Masa (Cheez Dippers Plain & Pizza)

Cheez Dippers daripada The Laughing Cow menggabungkan celupan keju yang lembut dan berkrim, bersama jejari roti rangup dalam pek hidangan individu. Didatangkan dalam pilihan perisa Plain, Strawberry, Blueberry, dan Pizza. Antara pilihan yang mencuri perhatian ialah Cheez Dippers Pizza yang menggabungkan jejari roti rangup berperisa piza bersama celupan keju berkrim yang diperbuat menggunakan herba sebenar dan bijirin yang merupakan sumber kalsium.

Gabungan rasa yang lazat ini pasti memikat selera sejak gigitan pertama. Mudah dibawa, hadir dalam saiz hidangan yang sesuai dan boleh dinikmati pada bila-bila masa, sama ada ketika waktu rehat di sekolah, sebagai snek di pejabat mahupun ketika dalam perjalanan pulang.

Kempen The Laughing Cow x Monchhichi berlangsung bermula pertengahan Julai ini untuk tempoh terhad selagi stok masih ada. Empat rekaan rantai kunci untuk dikumpulkan, dengan satu rekaan dimasukkan secara rawak di dalam setiap beg tote, termasuk satu rekaan eksklusif Malaysia. Jangan tunggu terlalu lama kerana peluang untuk melengkapkan koleksi ini mungkin lebih singkat daripada yang disangka.

Cheez Dippers Plain & Pizza Multipack (4 pek, 140g) serta Cheez Dippers Strawberry & Blueberry Multipack (3 pek, 105g) boleh didapati di Jaya Grocer, Aeon, TFP, Lotus, Cold Storage, Mercato, QRA, Isetan, KNL, Billion dan Seibu.

Dengan pembelian minimum RM39 produk The Laughing Cow dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian, pengguna layak menebus hadiah ini. Penebusan hanya sah untuk produk The Laughing Cow.

Untuk maklumat lanjut, ikuti The Laughing Cow Malaysia di Instagram (@thelaughingcow_my) dan Facebook (@TheLaughingCowMalaysia).