Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kes pembunuhan ‘ngeri’ warga Mongolia pada tahun 2006 lalu, mendapat perhatian masyarakat apabila Najib Razak didakwa terlibat dalam kes tersebut. Tular di media sosial yang mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut mengarahkan seorang individu untuk melakukan pembunuhan tersebut.
Susulan daripada dakwaan tersebut, Najib Razak mula bersuara dalam laman Facebooknya berkaitan isu ini.
Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.
Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah.
Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.
Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia. Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya.
Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8? Di mana telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?
Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?
Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia perlu ugut dibayar US$500,000.
Sumber: Najib Razak