Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PRESIDEN Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyasarkan bahawa tidak akan ada lagi kemiskinan ekstrim di negaranya pada 2024 nanti.
Saat ini, angka kemiskinan di negara republik itu masih berada di 3.37 peratus atau sekitar 9.91 orang berdasarkan standard angka kemiskinan antarabangsa yang digunakan di bank dunia.
“Kita harapkan di 2024 untuk kemiskinan ekstrim ini kita boleh berada pada posisi O,” katanya ketika memulakan pernyataan Strategi Percepatan Pembasmian Kemiskinan di pejabatnya di Jakarta, hari ini.
Walaupun angka kemiskinan di negara republik itu mengalami penurunan sejak 2015 lalu dari 11.22 peratus ke 9.22 peratus pada September, namun jumlah tersebut belum cukup.
“Di saat ini, pembasmian kemiskinan harus terus dilakukan, dengan cara menyasarkan rakyat yang sangat miskin.
“Kita boleh fokus menangani terlebih dahulu pada yang 9.91 peratus orang ini. Kerana itu data tentang siapa dan di mana masyarakat kita ini harus betul-betul tepat sehingga program (pembasmian kemiskinan) ini boleh disasarkan tepat pada golongan yang kita inginkan,” jelasnya.
Sumber: merdeka.com