Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Penambahan Zon Merah, Bilangan Kekal 26 – KKM

Kementerian Kesihatan hari ini menerusi akaun Twitter rasmi mereka memberitahu bahawa tiada penambahan zon merah setakat 12 tengah hari (12 April).

Iklan

Walau bagaimanapun, terdapat satu kes baru di Kampar menjadikan daerah itu dari zon hijau kepada kuning.

Berdasarkan statistik yang dikongsi, Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19 dengan 496 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 388 dan 356 kes.

KKM dalam pada itu menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi melawan virus Covid-19.

Sumber: KKM