Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah berkahwin.
“Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai pengesahan rasmi jadi saya tidak boleh berkata apa-apa,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.
Beliau ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas membuat kenyataan mengenai insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, di Dewan Rakyat hari ini.
Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial.
Sumber : BERNAMA