Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
punca penceraian di malaysia
Gambar: Bernama

Tiada Persefahaman, Curang Antara Punca Utama Penceraian Di Malaysia – LPPKN

Nur Adnin

TIADA PERSEFAHAMAN, CURANG ANTARA PUNCA UTAMA PENCERAIAN DI MALAYSIA – LPPKN

KOTA BHARU (Bernama) — Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan pihaknya setakat ini, sebanyak 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangannya, diikuti pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

“Bagi dapatan daripada wanita pula, tiada persefahaman turut mencatatkan peratusan yang tertinggi punca mereka bercerai dengan pasangan iaitu 38 peratus, diikuti pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

“Selain itu, campur tangan mentua mencatatkan 6 peratus, enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus) dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terlibat kes jenayah (10.4 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam, yang dirasmikan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Rohani berkata rata-rata pasangan yang menghadapi konflik rumah tangga ini terdiri daripada golongan muda selepas tempoh perkahwinan antara lima hingga 10 tahun.

“Pastinya pihak kami akan bantu dan beri kaunseling terlebih dahulu dengan menasihati pasangan ini mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi mereka.

“Hasrat kita sememangnya untuk pastikan pasangan masing-masing mengembalikan semula kasih sayang bagi mengelak mereka memilih jalan terakhir iaitu bercerai atau berpisah,” katanya.

Sumber: BERNAMA