Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Sebarang Perjumpaan Agong Dengan Mana-Mana Pihak Hari Ini

Gambar: Bernama

Tidak ada sebarang perjumpaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan mana-mana pihak hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Sinar, pihak Istana Negara telah membuat penafian berhubung perkara tersebut menerusi perkataan palsu pada keratan media yang melaporkan berita berkenaan.

Pada Sabtu, timbul beberapa laporan media mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dititahkan untuk menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota Pahang.

Sinar seperti memetik laporan, mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar setelah menghubungi pegawai Anwar.

Beliau dijadualkan untuk membuat persediaan bagi menghadapi sidang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.

Sumber: Sinar Harian