Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Vaksinasi Untuk Remaja 17 Tahun Dan Ke Bawah Buat Masa Ini – JKJAV

Gambar: Bernama

Tiada vaksinasi yang akan diberikan buat remaja 17 tahun dan ke bawah buat masa ini, maklum Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV).

Menerusi makluman menerusi laman Twitter itu, vaksinasi buat golongan ini belum diberikan lagi dan keputusan lanjut akan diumumkan kelak.

Walau bagaimanapun, pendaftaran di MySejahtera akan terus diterima.

Dalam hebahan menerusi SMS, MKN mengatakan bahawa MySejahtera sudah mula terima pendaftaran vaksinasi remaja berusia 12 sehingga 17 tahun. Tambah hebahan itu, tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.

Sumber: JKJAVMY