Bergelar sebagai seorang anggota Bomba, besar tanggungjawab yang perlu dipikul kerana tugas-tugas yang perlu dilakukan agak mencabar dan berisiko terhadap diri sendiri. Mana tidaknya, anggota Bomba sudah sinonim dengan tugas-tugas menyelamat yang merbahaya.
Keprihatinan masyarakat terhadap pengorbanan anggota Bomba mahupun anggota penyelamat lain perlu ditanam supaya kita lebih menghargai.
Situasi ini dapat dilihat menerusi perkongsian di Facebook oleh seorang anggota Bomba yang dikenali sebagai Pak Din, berkongsi gambar seorang wanita menyumbang makanan kepada anggota Bomba yang sedang beristirahat.
Menerusi perkongsian tersebut, beberapa orang anggota Bomba sedang beristirahat sambil menikmati makanan. Kemudiannya, mereka dihampiri oleh seorang wanita dengan topi koboi sambil membawa sekotak air dan sebungkus roti.
Walaupun sumbanganya dilihat kecil, namun tindakannya itu sudah cukup besar bagi kesemua anggota keselamatan itu.
Melalui perkongsian itu, rata-rata warganet sangat gembira dengan sikap yang dipamerkan oleh wanita itu dan ramai juga yang berterima kasih kepadanya atas keprihatinan yang dipamerkan.
“Acik tengok jer coloum Bomba ni..tiba-tiba ja mata masuk habuk”

“Rezeki yang sangat tepat kepada abang Bomba yang banyak berjasa”

“Alhamdulillah, kerja menolong masyarakat, Allah akan menghantar dikalangan masyarakat untuk membantu”

Sumber: Pak Din