Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tidak Boleh Diakses, SKMM Sekat Laman Web Sugarbook

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu-isu berkaitan laman SugarBook yang mendapat perhatian ramai pihak di Malaysia.

Bagaimanapun, satu tinjauan dilakukan dan difahamkan laman sesawang tersebut tidak lagi boleh diakses kerana disekat oleh SKMM.

Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh SKMM buat masa ini.

Terdahulu, SKMM meminta orang ramai berhati-hati ketika melayari laman web cari teman seperti Sugarbook yang kini sedang disiasat.