Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak Mudah Menang Trofi, Kemenangan Perlu Diraikan – Pau Marti
Selepas dua perlawanan mengambil alih pasukan Harimau Malaya, Pau Marti Vicante berjaya membawa Malaysia menjulang kembali Piala Pestabola Merdeka sejak 11 tahun lalu.
Apabila ditanya mengenai kemenangan tersebut, beliau berkata kemenangan itu sememangnya patut diraikan bersama.
“Kita patut meraikan kemenangan ini. Saya rasa ini seperti yang anda lihat, tidak mudah (perlawanan) untuk memenangi trofi.
“Jadi, hari ini kita berhak mendapat kemenangan itu dan layak untuk meraikannya bersama,” katanya sewaktu ditemui selepas tamat perlawanan.
Tambah jurulatih bola sepak negara itu, para pemain bermain dengan bersungguh-sungguh dan menyifatkan aura pemain ke-12 tetap dirasai meskipun tidak ramai penyokong yang hadir ke stadium pada malam ini.
“Kepada penyokong saya ucapkan terima kasih, walaupun kami tidak mempunyai sokongan sepenuhnya dalam kejohanan ini, tetapi semua pemain juga mendapatkan sokongan di belakang.
“Saya rasa penyokong juga menunjukkan sokongan dengan menonton di kaca televisyen dan semua penyokong menyokong Harimau Malaya,” ujarnya.
Sementara itu, Nooa Laini membalas kepercayaan jurulatih dengan muncul sebagai pemain terbaik perlawanan. (MOTM) sekaligus menutup mulut pengkritik mengenai prestasinya.
“Saya nak cakap apabila saya diberikan peluang, saya cuba berikan yang terbaik dan saya sangat gembira kami menang.
“Seperti yang semua tahu, kita mempunyai jurulatih baharu, ia agak berbeza dengan cara kami bermain tetapi saya merasakan ia bagus untuk saya. dari segi permainan kami.
“Saya juga seronok bermain dengan (cara) permainan ini.” jawabnya ketika ditemui wartawan.
Harimau Tewaskan Lubnan
Harimau Malaya bergelar juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.
Bagaimanapun, gol tunggal itu sudah cukup untuk membawa Malaysia menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka edisi kali ini.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mencatatkan kemenangan ke atas Lubnan dalam dua perlawanan sepanjang pertemuan dengan negara itu sebelum ini.
Kemenangan ini mengakhiri kemarau 11 tahun piala Pestabola Merdeka yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada tahun 2013 selepas menundukkan Myanmar 2-0.