Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tidak Semua Peralatan Boleh Dibersihkan Menggunakan Cuka, Ini Sebabnya

Cuka putih bukan hanya berguna sebagai bahan pelengkap masakan. Namun, cuka juga merupakan agen pembersihan yang baik untuk menghilangkan kotoran, lemak dan kesan pada permukaan sesuatu benda.

“Untuk meja dapur dan sebahagian besar permukaan benda atau peralatan di dapur, campuran cuka, air dan sabun cuci pinggan dapat membersihkan kesan yang kotor sekalipun kotoran degil,” kata Jessica Samson, juru cakap The Maids, seperti dipetik dari Real Simple, Jumaat (27/11/2020). Sabun cuci pinggan yang dicampur dengan cuka juga dapat membersihkan kerak sabun di shower, dinding kamar mandi, singki kotor, tab mandi dan tandas.

Cara mudah membuat larutan pembersih dengan cuka adalah campurkan cuka dan sabun cuci pinggan dengan perbandingan 1:1. Kemudian, anda boleh melarutkannya dengan air. Anda juga boleh menggunakan cuka saja untuk membersihkan berbagai peralatan di dapur iaitu digunakan bersama spons, tisu dapur dan lap. Ingat untuk selalu menggunakan sarung tangan kerana cuka dapat membuat kulit dan kerengsaan kuku.

Namun demikian, tidak semua benda dapat dibersihkan dengan cuka. Jangan pernah menggunakan cuka untuk membersihkan permukaan marmar atau granit. Sebab, acid akan membuat permukaan marmar dan granit kehilangan kilaunya.

Selain itu, hindari dari membersihkan pisau dengan cuka. Juga, hindari menggunakan cuka untuk membersihkan kesan yang mengandungi telur, sebab acid pada cuka akan bereaksi dengan telur yang akan mengubah konsistansu dan membuat kesan lebih sukar untuk dibersihkan. Anda juga jangan menggunakan cuka untuk membersihkan permukaan furniture kayu.

Sumber- Real Simple