Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Ahli Dewan Muslimat PAS Sungai Petani Maut Kemalangan

Syed Faisal Sayed Muhammad
ahli muslimat PAS maut
Kredit JBPM

Tiga Ahli Dewan Muslimat PAS Sungai Petani Maut Kemalangan

IPOH, 20 Okt (Bernama) — Ketua Muslimat PAS Sungai Petani Taibah Sulaiman, 61, antara tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua motosikal di Kilometer (KM) 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Behrang pada 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata turut terkorban Ketua Unit Khas Wanita Muda PAS Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23, dan Penolong Setiausaha 1 PAS Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27.

Mohd Hasni berkata ketiga-tiga mangsa yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam, Selangor.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kereta mangsa telah berhenti di lorong kecemasan dan ketiga-tiga mereka turun bersama tiga pemandu kenderaan lain untuk membantu mangsa kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah.

“Lima minit kemudian datang Toyota Altis dari arah sama di lorong kanan yang telah hilang kawalan lalu terlanggar lima mangsa menyebabkan kesemua mereka terhumban ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hasni kemalangan itu menyebabkan Taibah dan Fatihah Nabila maut di tempat kejadian, manakala Nurul Najihah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Slim River dan mangsa lain hanya cedera ringan.

Beliau berkata kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA