Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Anggota Polis Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Di Beaufort

Tiga Anggota Polis Maut
Kredit: Bomba Sabah Via Bernama

Tiga Anggota Polis Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Di Beaufort

KOTA KINABALU, 6 Ogos (Bernama) – Tiga anggota polis lelaki maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort petang tadi.

Kejadian berkenaan tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga individu terbaring di atas jalan manakala orang awam dan beberapa individu lain dilihat berada di lokasi kejadian.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.56 petang tadi.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer daripada balai berkenaan.

“Menurut laporan awal, bomba menerima maklumat tiga mangsa terkena renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston sebelum pasukan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan operasi diketuai Komander Operasi PBK I Irwan Abdul dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan Sabah Electricity.

Maklumat lanjut berhubung identiti mangsa serta punca kejadian masih dalam siasatan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Intipati
  • Tiga anggota polis lelaki maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort.
  • JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.56 petang.
  • Identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan serta akan dikemas kini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan