Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Lagi Anggota Pengaman Indonesia Cedera Dalam Letupan Di Lubnan

Tiga Lagi Anggota Pengaman Indonesia
Kredit: AFP

Tiga Lagi Anggota Pengaman Indonesia Cedera Dalam Letupan Di Lubnan

Tiga lagi anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Indonesia menjadi mangsa dalam kejadian letupan di selatan Lubnan ketika Israel meneruskan pengebomannya di rantau itu.

Memetik laporan CNBC Indonesia, insiden terbaru ini berlaku hanya beberapa hari selepas tiga anggota Indonesia lain terbunuh dalam insiden berasingan di rantau yang sama.

Misi Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) berkata bahawa satu letupan telah berlaku di dalam sebuah kemudahan PBB berhampiran El Adeisse pada petang Jumaat.

Tiga anggota pengaman cedera dan dikejarkan ke hospital, dua daripadanya dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, Pusat Maklumat PBB di Jakarta berkata punca letupan itu masih belum diketahui, tetapi mengesahkan bahawa anggota pengaman yang cedera itu adalah warganegara Indonesia.

Insiden pada Jumaat itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang anggota pengaman Indonesia terbunuh akibat letupan projektil pada 29 Mac di Selatan Lubnan.

Rantau ini telah menjadi medan pertempuran antara Israel dan Kumpulan Hizbullah sejak Lubnan terlibat dalam perang Timur Tengah pada 2 Mac.

Sumber keselamatan PBB memberitahu AFP pada Selasa bahawa tembakan dari kereta kebal Israel adalah punca letupan itu.

Sehari selepas kejadian itu, dua lagi anggota pengaman Indonesia terbunuh apabila letupan terkena konvoi logistik UNIFIL, juga di selatan Lubnan.

Tentera Indonesia berkata mayat tiga anggota pengaman yang gugur dijadualkan tiba di Jakarta pada petang Sabtu.