Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?

Tiga Lelaki Bangladesh Kurung Rakan Senegara, Minta Wang Tebusan

Alfi Aiman

KUALA LUMPUR: 4 Nov, tiga lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai mengurung seorang lelaki rakan senegara bagi tujuan pemerasan di sebuah flat di Tropicana Selatan, Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 33 hingga 46 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang lelaki yang juga warga Bangladesh telah membuat laporan polis memaklumkan mangsa telah menghubunginya dan memberitahu dia diikat dan dikurung oleh suspek.

“Hasil serbuan, polis berjaya menyelamatkan mangsa di flat berkenaan, sekali gus menahan ketiga-tiga mereka.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang bekerja di kedai runcit di Damansara milik salah seorang suspek itu tidak dibayar gaji selama tiga bulan dan mangsa juga telah dituduh mengambil wang dari kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Nik Ezanee berkata suspek dan juga rakannya yang lain berpakat untuk menculik dan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Sumber: bernama