Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler

Iqbal Yasir
tiga maut kenderaan bertembung treler
Gambar: JBPM Sabah

Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler

LAHAD DATU — Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi, lapor Astro AWANI.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu telah dikerahkan ke lokasi kejadian, sejauh kira-kira 30 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam.

Siasatan awal mendapati tiga lelaki tersepit dalam kenderaan jenis Isuzu Dmax berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia. Kesemua yang maut berumur lingkungan 28 dan 29 tahun.

Sementara itu, pemandu treler, 61, yang membawa muatan minyak sawit dilapor hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai PBK I Mohammad Akbar Mohambar, manakala Komander Operasi Kanan adalah PKPgB Sumsoa Rashid

Selain, pasukan bomba dan petugas perubatan, anggota Polis Diraja Malaysia turut berada di lokasi kejadian.

Operasi tamat pada jam 12.40 tengah malam setelah kawasan berkenaan dipastikan selamat.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Kerajaan Utamakan Projek Yang Beri Manfaat Kepada Rakyat – PM Anwar

BACA: Mayat Tiga Beranak Ditemukan Mereput Dalam Rumah

BACA: Lelaki Nyaris Maut, Pikap Terkena Tembakan Di Hadapan Sekolah