Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 4 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Johor, Sarawak dan Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Johor, daerah yang terlibat adalah Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

“Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Mirı (Mirı, Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Mukah, Dalat dan Matu).

“Bagi Sabah, kawasan yang diramal hujan seperti Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan dan Tenom), Pantai Barat, (Papar Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 4 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan