Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Penunggang Motosikal Maut Disyaki Dirempuh Kereta Di Sitiawan

lelaki maut dalam kereta
Gambar sekadar hiasan

IPOH, 21 Ogos (Bernama) — Tiga maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka disyaki dirempuh sebuah kereta di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Acheh, Sitiawan, kira-kira 70 kilometer dari sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan Mohd Zaki Zainol ketika dihubungi berkata pihaknya dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.28 petang.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipercayai merempuh beberapa buah motosikal dari arah bertentangan.

Anggota bomba melakukan tindakan pengalihan terhadap mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas mendapat pengesahan daripada petugas kesihatan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 petang.

Difahamkan, seorang individu yang menaiki kereta jenis Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan berkenaan mengalami kecederaan dan sehingga kini kesemua identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

— BERNAMA