Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiket Konsesi KTMB: Panduan Lengkap Daftar Dalam Talian

Azizah Najib
tiket konsesi ktmb daftar
Kredit: Bernama

Tiket Konsesi KTMB: Panduan Lengkap Daftar Dalam Talian

Di Malaysia, kebanyakan perkhidmatan awam dan swasta menawarkan harga istimewa kepada golongan tertentu sebagai tanda sokongan sosial. Antara golongan yang sering menerima kemudahan ini termasuk warga emas, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pelbagai bentuk diskaun dan konsesi ditawarkan merangkumi tambang pengangkutan awam serta yuran perkhidmatan bagi meringankan kos perjalanan golongan ini.

Begitu juga bagi pembelian tiket perjalanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Namun, masih ramai tertanya-tanya cara untuk mendaftar bagi mendapatkan harga istimewa ini.

Tahukah anda, pendaftaran tiket konsesi KTMB kini boleh dilakukan menerusi dalam talian.

Tanpa perlu hadir ke kaunter, anda sebenarnya boleh terus mendaftar dengan menggunakan aplikasi KTMB Mobile atau di laman sesawang rasmi KTMB Integrated Ticketing System (KITS).

Sebelum itu, sudah tentu anda perlu tahu dahulu jika anda layak atau tidak untuk memohon konsesi tersebut. Berikut SK senarai jenis konsesi yang tersedia setakat ini.

Jenis konsesi KTMB

1. Anggota Angkatan Tentera Malaysia

2. Pasangan anggota Angkatan Tentera Malaysia

3. Anak anggota Angkatan Tentera Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun

4. Balu kakitangan KTMB

5. Anggota Bomba

6. Bekas tentera

7. Pelajar (ETS & KTM Intercity)

8. Pelajar (Komuter)

9. Pesara KTMB

10. Isteri pesara KTMB

11. OKU dewasa berusia 13 tahun dan ke atas

12. OKU kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun

13. OKU berkerusi roda

14. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

15. Pasangan anggota PDRM

16. Anak anggota PDRM berusia 4 hingga 12 tahun

17. Anak anggota PDRM berusia 13 hingga 18 tahun

18. Pesara kerajaan

19. Isteri pesara kerajaan

20. Warga emas

21. Komuter RAC

22. Pesanan tiket istimewa (PTO)

Bagi kategori pesanan tiket istimewa, hanya pembelian melebihi sembilan tiket layak menerima konsesi. Pembelian juga tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pihak KTMB.

Jika anda tergolong dalam 22 kategori ini, anda layak untuk memohon konsesi tiket perjalanan KTMB. Ikuti langkah mudah di bawah.

Cara daftar melalui KTMB Mobile

1. Log masuk akaun KITS.

daftar tiket konsesi ktmb

2. Klik bahagian Account, kemudian klik bahagian Concession.

akaun konsesi ktmb

3. Di bahagian ini, anda akan diminta memilih jenis konsesi anda.

4. Selepas memilih jenis konsesi, anda akan diminta melengkapkan butiran maklumat peribadi termasuk memuat naik dokumen sokongan.

5. Setelah selesai, klik butang Save.

Bagi anda yang tidak mempunyai aplikasi KITS, anda juga boleh membuat pendaftaran menerusi laman sesawang rasmi KTMB. Ikuti langkah-langkah di bawah.

Cara daftar melalui laman sesawang KTMB

1. Layari pautan https://online.ktmb.com.my/ dan log masuk akaun.

2. Klik bahagian nama pengguna dan pilih My Account.

3. Kemudian, klik Concession di bahagian kiri skrin.

4. Pilih jenis konsesi berkaitan dan isikan butiran maklumat peribadi. Anda juga perlu muat naik dokumen sokongan yang berkenaan.

5. Setelah selesai, klik butang Submit.

Ambil perhatian. Konsesi hanya akan diaktifkan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja. Jadi, pastikan anda merancang lebih awal perjalanan jika ingin menikmati harga istimewa ini.

Semoga bermanfaat.

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Treler Bawa Helikopter

BACA: Kenapa “Aircond” Kapal Terbang Tutup Ketika Nak Berlepas? Ini Jawapan Juruterbang

Sumber: KTMB