Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 11 DISEMBER 2025 – TikTok Shop terus memperkukuh ekosistem e-dagang yang menyeluruh (full-funnel) menjelang Jualan Akhir Tahun 12.12 kali ini dengan memperkenalkan program kesetiaan baharu. Program ini menawarkan penjimatan sehingga RM1,000 bagi menyokong pembeli dalam talian di Malaysia dengan lebih baik serta mempercepatkan pertumbuhan PMKS tempatan.
Dikenali secara rasmi sebagai TikTok Shop VIP, program kesetiaan ini akan ditawarkan kepada pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan, iaitu membuat sekurang-kurangnya empat pesanan bulanan dalam tempoh dua bulan yang lalu. Kelayakan adalah berdasarkan jumlah bilangan transaksi, tanpa memerlukan perbelanjaan minimum.
Ikon TikTok Shop VIP akan terpapar di bahagian atas laman utama Shop Tab bagi pembeli yang layak untuk melanggan program kesetiaan ini dan menikmati pelbagai penjimatan tambahan. Ini termasuklah Penghantaran Percuma, Bonus Pulangan Tunai (Cashback), baucar Diskaun Produk, dan banyak lagi. Status kelayakan untuk program kesetiaan ini akan dikemas kini pada setiap awal bulan.
Manfaat ini melengkapkan pelbagai promosi yang tersedia sepanjang Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop, di mana rakyat Malaysia boleh menikmati pemberian hadiah semasa sesi LIVE dengan diskaun sehingga 50%, baucar yang boleh digabungkan (stackable) sehingga 30%, tawaran penghabisan stok (clearance) serendah RM10 setiap hari, serta tawaran menarik daripada jenama tempatan dan antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan TikTok Shop untuk meningkatkan kepercayaan dan pengalaman pengguna, pilihan pembayaran TikTok Shop PayLater juga telah menerima pensijilan rasmi daripada Afsha Shariah Advisory, sekaligus mengesahkan pematuhan Syariah sepenuhnya.
Ini memberikan pengguna yang diluluskan pilihan untuk menguruskan belanjawan mereka secara fleksibel apabila membeli barangan keperluan melalui ansuran patuh Syariah sehingga 12 bulan, berdasarkan had perbelanjaan peribadi dan penilaian kemampuan pengguna masing-masing.
Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kanan Perhubungan Strategik di TikTok Shop Malaysia berkata: “Penambahbaikan terhadap ekosistem e-dagang kami ini direka untuk memperkayakan pengalaman komuniti Malaysia sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara. Usaha berterusan kami secara konsisten memacu impak buat PMKS tempatan, seperti yang terbukti dalam Jualan 11.11 kami yang memecahkan rekod baru-baru ini, di mana beberapa jenama dan pencipta tempatan seperti Dessini, MydoraGold, dan Hello Sonia masing-masing melepasi jualan RM1 juta dalam satu hari.”
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop, sila layari: https://vt.tiktok.com/ZSHwSTfExXDH1-mE3g5/