Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah Maut Dalam Kemalangan

Gambar Via Bernama

IPOH, 23 Jan (Bernama) — Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah D.Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Km53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan.

Sumber: BERNAMA