Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tindakan ADUN Kelantan Anjur Konvoi Motor Ke LTSIP Sangat Tak Bertanggungjawab - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan tindakan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan dianggap sebagai satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.
Dalam satu kenyataan, Anthony berkata kawasan lapangan terbang merupakan kawasan yang strategik dan keselamatan perlu dipelihara untuk memastikan perjalanan penumpang lancar dan tidak terganggu.
"Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka?" soalnya lagi.
Tambahnya lagi, sebarang konvoi bermotor sepatutnya mendapat kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu.
"Untuk menjamin keselamatan dan kelancaran operasi Lapangan Terbang, saya telah mengarahkan JPJ untuk bekerjasama dengan pihak polis trafik untuk mengadakan sekatan jalan raya pada petang ini tanpa terkecuali termasuklah mana-mana YB yang membawa motor," tambahnya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud memklumkan Kelab Penyokong Kerajaan dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menganjurkan konvoi motosikal dan Lepak Anak Muda bersama beberapa Yang Berhormat (YB) di Kelantan pada Sabtu.
Menurutnya dalam satu perkongsian di Facebook, konvoi itu akan bermula dari Kota Lama selepas menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi dan seterusnya bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).