Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tindakan Pekerja Ini Bagi “Hint” Kepada Pemilik Hilang Dompet Raih Pujian
Selain telefon bimbit, dompet sejak dahulu lagi merupakan barangan berharga yang sentiasa dibawa bersama, ibarat nyawa sendiri.
Lazimnya, dompet mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan (IC), kad debit atau kad bank, lesen memandu, dan pelbagai kad lain.
Namun begitu, kadangkala kita terlupa lokasi terakhir meletakkan dompet atau terlepas pandang sewaktu menggunakannya, sekali gus menyebabkan ia hilang.
Perkara ini sudah tentu meresahkan pemilik, apatah lagi dokumen penting seperti IC dan kad bank ada di dalamnya.
Pelbagai persoalan timbul termasuk bagaimana dokumen itu dijumpai dan disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Itulah situasi yang dikongsikan oleh pengguna Threads @johan.thehutt yang memberitahu bahawa dia kehilangan dompet selama 2 minggu.
Menurutnya, pada awalnya, lelaki itu menyangka dompetnya tersalah letak di mana-mana kawasan di dalam rumahnya. Disebabkan itu, dia tidak begitu risau dengannya.
“Tak ambil peduli sangat untuk mencarinya sebab saya fikir ia memang ada di rumah. Hanya baru-baru ini saya mula mencarinya, tetapi masih tak jumpa,” kongsinya.

Bagaimanapun, sewaktu memeriksa akaun banknya (secara online) dia menyedari terdapat transaksi pembayaran mencurigakan dilakukan di sebuah kedai 7 Eleven.
Apa yang pelik baginya, transaksi itu hanya menggunakan nilai RM1 sebanyak dua kali.
“Kemudian terfikir, takkan lah orang nak guna kad aku pastu curi RM1 dua kali je. Jadi, saya sangka pekerja kedai itu cuba untuk memberi ‘hint’ kepada saya melalui transaksi debit,” katanya lagi.

Susulan itu, lelaki itu menjejaki ke lokasi kedai dimana transaksi itu dilakukan, dan apa yang berlaku menyentuh hatinya.
“Alhamdulillah, Allah temukan dengan orang-orang baik..” katanya.
Kongsinya, dompetnya yang tercicir dijaga dengan penuh jujur dan integriti oleh dua pekerja kedai berkenaan.

Perkongsian itu nyata mencuri perhatian ramai warga maya yang memuji tindakan pekerja berkenaan yang di luar kotak pemikiran.
“Weh bijaknyaa,” komen seorang pengguna.
Sumber: Threads @johan.thehutt