Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tindakan Yang Menjijikkan,” Air Liur Meleleh Pada Butang Lif Cetus Kemarahan

Gambar:SBS Transit Ltd

Wabak COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dalam jangka masa yang terdekat apabila 77,903 kes dan 2,360 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia setakat ini.

Pakar dan para doktor di seluruh dunia menasihatkan agar langkah penjagaan perlu dititikberatkan agar virus tersebut tidak berterusan merebak kepada individu yang lain termasuk tidak batuk dan bersin di tempat yang terbuka.

Namun, satu kiriman yang dimuatnaik oleh SBS Transit Ltd di Facebook memaparkan satu gambar kesan ludahan pada butang lif sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Kejadian yang berlaku di dalam Stesen Rumbia di sistem Lrt Sengkang Timur, Singapura itu memperlihatkan satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: SBS Transit Ltd