Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Gambar: BERNAMA / F&B

Tinggal Tunjuk Dakwat Di Jari, Ini 13 F&B Tawar Diskaun Untuk Semua Yang Mengundi 19 Nov Nanti

Faiz Mustafa

Seperti sedia maklum, Malaysia akan melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU 15) yang ke 15 pada 19 November ini dan semua rakyat Malaysia yang telah menepati syarat perlu melakukan tanggung jawab tersebut untuk mengundi pemimpin negara yang baru.

Tidak melepaskan peluang dan menghargai semua pengundi yang telah melakukan tanggungjawab mereka, setakat ini ada 13 syarikat makanan dan minuman (F&B) berbesar hati memberikan diskaun dan ganjaran kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi.

Apa yang ada perlu lakukan hanya menunjukkan jari anda yang berdakwat kepada mereka pada 19 November ini. Berikut merupakan 13 syarikat F&B yang menawarkan diskaun dan ganjaran kepada semua rakyat Malaysia.

1. Qra Food

Qra Food menawarkan Election Day Promotion kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi.

Selepas anda mengundi, pergi di mana-mana cawangan Qra Food, tunjukan jari berdakwat kepada salah seorang kakitangan dan anda layak menerima sebarang jenis minuman berasaskan kopi dan juga satu Cinnamon Crust Pastry dengan hanya RM5 sahaja.

2. Taco Bell Malaysia

Selain Qra Food, Taco Bell Malaysia juga memberikan diskaun kepada semua pengundi yang mengundi dengan tawaran RM5 untuk satu Loaded Griller dan satu minuman berkarbonat.

3. HOH Coffee

Di HOH Coffee pula, anda boleh menebus 10% diskaun kepada semua jenis pencuci mulut dan juga makanan yang mereka sediakan dalam menu. Walau apa pun, tawaran ini hanya tersedia pada 19 November nanti bersamaan hari PRU 15 diadakan.

4. Secret Recipe

Tebus 30% diskaun untuk sebarang jenis minuman dia semua cawangan Secret Recipe pada 19 November nanti. Tawaran ini hanya tersedia untuk makan di restoran atau bawa pulang sahaja.

5. Tealive

Tealive pula menawarkan dua jenis minuman dengan harga RM15 sahaja bermula 14 November hingga 20 November dan ia hanya untuk semua minuman yang berharga RM10 dan ke bawah sahaja.

6. Nando’s

Menerusi info grafik yang dimuat naik, Nando’s menawarkan hidangan sampingan secara percuma dengan setiap pembelian menu utama mereka tertakluk kepada ketersedian pada 19 November ini di semua cawangan.

7. MyLaksa

MyLaksa juga tidak melepaskan peluang memberikan tawaran ‘beli satu, percuma satu’. Dengan setiap pembelian hidangan asam laksa, anda layak menebus satu jenis air pilihan anda.

Difahamkan, tawaran ini bermula dari 19 hingga 20 November di semua cawangan My Laksa seluruh Malaysia dan ia hanya sah untuk makan di restoran sahaja.

8. OldTown White Coffee

OldTown White Coffee akan memberikan satu OldTown White Coffee percuma kepada anda dengan pembelian mana-mana menu a la carte daripada pilihan nasi dan juga mi pada 19 November nanti.

Disamping itu, ia hanya tersedia untuk makan di restoran dan juga bawa pulang sahaja.

9. Street Churros

Kepada peminat Street Churros, mereka menawarkan diskaun 15% kepada semua jenis makanan mereka bermula pada 19 November hingga 22 November dan ia tersedia di semua cawangan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang, kunjungi cawangan mereka 19 November nanti.

10. Bean Jr.

Bean Jr. akan memberikan ‘hot tau fu fah’ secara percuma pada 19 November nanti di semua cawangan mereka.

11. COOLBLOG

Anda boleh mendapatkan topping secara percuma di COOLBLOG dengan setiap pembelian minuman di outlet mereka. Antara topping yang anda boleh tebus adalah jeli mutiara (pearl) mangga dan juga jeli laici. Tawaran ini akan tersedia di beberapa lokasi ini pada 19 November sahaja.

12. TGI Fridays

Pada 19 November ini, TGI Friday’s juga menawarkan diskaun 15% kepada semua jenia menu burger mereka. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya boleh ditebus sekali untuk setiap pengundi dan tersedia untuk dimakan di restoran sahaja.

13. Hokkaido Baked Cheese Tart

Akhir sekali, Hokkaido Baked Cheese Tart menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk tart keju klasik mereka. Tawaran ini hanya sah kepada tart keju asli bersaiz biasa dan juga tart coklat mereka.

Promosi ini akan berlangsung pada 19 November nanti di semua cawangan dan ia pastinya terhad kepada enam biji kuih tart sahaja dalam setiap resit.

Sumber: Semua Social Media F&B

BACA: Selalu Nampak Depan Pintu? Ini Sebab Penganut Hindu Buat Hiasan Kolam Ketika Deepavali