Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Gambar: BERNAMA

Selalu Nampak Depan Pintu? Ini Sebab Penganut Hindu Buat Hiasan Kolam Ketika Deepavali

Fazidi

Malaysia didiami oleh pelbagai kaum dan etnik yang sudah tentunya kaya dengan pelbagai kebudayaan serta perayaan. Bermula dari awal hingga ke hujung tahun, ada sahaja festival-festival tertentu yang disambut dengan penuh meriah oleh kita semua.

Salah satunya adalah perayaan Deepavali yang diraikan pada 24 Oktober lalu. Disambut meriah, khususnya oleh masyarakat India beragama Hindu, kehangatan festival cahaya ini masih dirasai sehingga ke hari ini.

Uniknya, ketika sambutan Deepavali, rakyat Malaysia berpeluang melihat pelbagai budaya dan adat resam masyarakat India yang diwarisi sejak turun-temurun. Antara yang mencuri tumpuan adalah upacara menyalakan pelita dan juga hiasan kolam yang begitu cantik, yang biasanya diletakkan di depan pintu rumah.

Kolam, hiasan cantik diperbuat daripada tepung beras

Selain dikenali dengan nama Kolam, ia juga disebut sebagai Rangoli. Secara umumnya, kolam merupakan hiasan lantai yang biasanya dibuat di depan pintu rumah dengan pelbagai bentuk flora dan fauna termasuk burung merak.

Kolam ini pula biasanya perlu dilakukan sebelum matahari terbit yang membawa maksud tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah yang menyambut Deepavali dikurniakan kesejahteraan.

Tidak seperti yang kita pernah lihat di kaca tv, kolam pada asalnya hanya berwarna putih iaitu dihasilkan daripada warna asas tepung beras.

Namun kini, penghasilan kolam telah dipelbagaikan dengan penggunaan beras berwarna-warni, selain tepung beras, sekaligus menjadikannya lebih kaya dengan warna.

Tujuan kolam dihasilkan

Selain dijadikan hiasan lantai sempena menyambut kemeriahan Deepavali, sebenarnya kolam ini ada tujuannya yang tersendiri. Rata-rata, rakyat Malaysia pasti tidak mengetahui perkara ini.

Kolam yang dihasilkan juga sebenarnya sebagai makanan kepada serangga dan burung-burung. Maka sebab itulah ia dihasilkan dengan menggunakan tepung beras. Tapi kenapa?

Ini kerana ajaran agama Hindu menuntut penganutnya sentiasa berbuat kebajikan dan ia termasuklah kebajikan kepada haiwan.

Kolam dan masa kini

Namun kini, seiring dengan perkembangan digital, penghasilan kolam juga ditawarkan secara dalam talian dimana sesiapa sahaja boleh melakukannya. Malah, ia ditawarkan dalam pelbagai bentuk aplikasi telefon bimbit yang boleh dimuat turun pada bila-bila masa.

Sound of Deepavali, perayaan penting bertambah seri

Kalau anda semua perasan kan, beberapa hari sebelum Deepavali disambut, ramai netizen yang berkongsi e-card kolam dan ucapan Deepavali di media sosial masing, malah sehingga ke hari ini masih ada lagi yang berkongsi tau. Contoh, e-card kolam macam kat bawah ini.

https://hlbdeepavali.com/513065

https://hlbdeepavali.com/312889

https://hlbdeepavali.com/260042

Dari muzik, kolam digital terhasil

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana kolam-kolam digital ni dibuat, siap disertakan dengan muzik-muzik kebudayaan India yang merdu-merdu? Sebenarnya, tak susah pun, Hong Leong Bank sediakan siap-siap dah platform untuk anda semua mencuba dan bereksperimen dengan kolam-kolam digital ini.

https://hlbdeepavali.com/312889

https://hlbdeepavali.com/621720

Cantik-cantik kan, memang kreatif habis semua peserta-peserta yang menyertai kempen Sound of Deepavali ini. Dengan e-card kolam ini, ramai yang dapat memberikan ucapan Deepavali kepada sahabat-sahabat berbangsa India dan beragama Hindu yang menyambutnya dengan lebih kreatif tau.

Kolam-kolam digital ini kemudiannya dikongsikan di Facebook dan Instagram dengan #SoundofDeepavali dan di tag rakan masing-masing. Memang terserlah perpaduan dan perasaan kekitaan walaupun kita negara majmuk. Sahabat-sahabat kita yang menyambut Deepavali pun tentu berasa gembira sangat-sangat.

Bagi yang telah menyertai kempen Sound of Deepavali ini, anda berpeluang memenangi hadiah menarik. Jangan lupa ikuti setiap masa laman Facebook dan Instagram HLB. Siapa tahu, anda salah seorang daripada 50 orang yang bertuah itu. Kami ucap tahniah siap-siap.