Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tips Potong Buah Nangka, Elak Tangan Melekit Terkena Getah

Faiz Mustafa

Memotong diaktakan bukanlah sesuatu hal yang mudah, lebih-lebih lagi ketika mengupas buah nangka yang akan membuat tangan melekit oleh kerana getahnya. Nangka merupakan buah tropika yang berasal dari India. Buah ini biasanya diolah menjadi pengganti daging kerana teksturnya yang seakan-akan ayam.

Sementara itu di Malaysia, nangka muda biasanya diolah menjadi sayur dalam masakkan seperti gulai dan kari. Nangka matang yang manis boleh dimakan mankala bijinya boleh direbus dan jadikan hidangan snek. Selain sedap dimakan, nangka juga kaya dengan kandungan vitamin A dan C didalamnya.

Namun, nangka mengandungi getah yang sangat banyak hingga boleh membuat tangan melekit dan menyukarkan untuk memotongnya. Agar anda tidak memotong buah nangka secara sembarangan, berikut adalah trik memotong nangka seperti yang dipetik dalam artikel Food.ndtv.

Berikut lapan trik memotong buah nangka yang praktikal.

1. Letakkan beberapa kertas di meja agar getah buah nangka tidak mengotorkan meja. Sapukan minyak secukupnya pada tangan dan pisau untuk menghindari getah melekat.

2. Potong buah nangka dari tengah menjadi dua bahagian, bersihkan getah yang melekat pada pisau dan tangan dengan menggunakan tisu.

3. Potong buah nangka menjadi empat bahagian, jangan lupa untuk kerap menyapu minyak pada pisau dan tangan. Kalau getah nangka keluar berlebihan, bersihkan dengan kertas.

4. Ambil 1/4 bahagian, cari bahagian yang busuk atau lembut kemudian potong.

5. Bahagian tengah buah nangka tidak boleh dimakan, jadi boleh terus memotongnya dan di buang.

6. Pegang dan putar bahagian penutup biji yang mempunyai isi, potong bahagian dasar kulit. Proses ini akan membuat biji nangka keluar dengan mudah.

7. Biji nangka yang terlihat seperti kacang besar ini oleh diolah menjadi masakkan hidangan yang lazat. Boleh mengolahnya dengan cara merebus ataupun dipanggang.

8. Jika buah nangka yang anda beli sudah matang, maka anda perlu memotong bahagian tengah buah nangka. Hal itu untuk mempermudahkan mengambil isi buah dan menghilangkan serat-serat yang melekat.

Cara potong nangka ini anda boleh praktikkan untuk mempermudahkan umtuk mengupasnya. Anda juga boleh potong buah nangka kecil-kecil menjadi seperti cube ais buah atau topping pada kek muffin.

Sumber- Food.ndtv