Meniru suara ahli keluarga dan rakan merupakan satu taktik baharu yang digunakan oleh penjenayah penipuan dalam talian. Mereka menggunakan helah ini untuk memperdaya mangsa kononnya bagi meminjam wang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu bahawa selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu mangsa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka sebelum meminta wang yang perlu diberikan.
Dalam keadaan ini, polis menasihatkan orang ramai agar menyemak dahulu latar belakang pemanggil sebelum membuat transaksi sepertimana yang diminta. Oleh itu, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali.

Sumber: KDN