Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Berikutan berita mengenai hujan dan banjir yang melanda di beberapa buah negeri, pastinya menimbul kebimbangan orang ramai dan menjejaskan bekalan di kawasan setempat.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi TNB Careline pada jam 4:28 pagi tadi, beberapa pencawang elektrik mengalami gangguan bekalan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :
I. KUALA LUMPUR
1. Jalan Duta 2. Kondo Villa Putera 3. Hotel Leo Warisan 4. Bank Rakyat 5. Sentul Raya 6. PJD Land 7. Plaza Pekeliling 8. Jalan Kampar 9. Jalan Sentul 10. Jalan Chemor 11. Jalan Haji Yusof 12. Jalan Thaboosamy 13. Hotel Grand Centre 14. Jalan Chow Kit 15. Sunway Putra Mall 16. Hospital Besar KL 17. Bulatan Raja Muda 18. Grand Season 19. Jalan Ipoh 20. Weng Lee 21. Lorong Chow Kit 5 22. UMNO Tabung Haji 23. Sentul 24. HK & SGHI Bank 25. Viva condo 26. Jalan Selvadurai 27. PPS Bandar KSPLA 28. Residensi 28 29. Putra MJK 30. Rumah Pam Kawasan Banjir 31. HWA Li 32. Low Yat 33. Menara AMDB 34. LUTH Jalan Rahmat 35. Kondo Vistana 36. Kondo Bestari 37. Chung Kiaw Bank 38. Taman Sri Batu Caves 39. Rumah Resource 40. Sri Astana 41. Taman Suria Selayang 42. Kompleks Sukan Jalan Sungai Tua 43. Jalan Jasa 6 44. Kampung Sungai Tua 45. Jalan Rambutan 46. Menara Meridian 101 47. Jalan Kemunting 48. SSU The Greens 49. Commercial Mansion 50. Jalan Pinggir 51. Inapan Moccis 52. Jalan Kolam Air 53. Taman Golden 54. Menara Megah Kondo 55. Technical Institute 56. Sekolah Menengah Sentul Utama
II. NEGERI SEMBILAN
1. TS Celcom 2. Gunung Telapak Buruk
Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan tersebut dapat disalurkan secara berperingkat dan kebergantungan kepada akses dan keadaan setempat.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menyentuh apa-apa peralatan elektrik atau berada di kawasan pepasangan TNB yang ditenggelami air.
Sumber : TNB Careline