Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tol Tanpa Palang Masih Dalam Kajian, Mula Digunakan Pada 2024 Secara Cubaan
Pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk mengatasi masalah masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, terutama di plaza tol masih berada dalam kajian, menurut Kementerian Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata penggunaan tersebut akan mula digunakan pada 2024 secara cubaan.
“Sebenarnya, kita telah membuat kajian banyak negara dan kita nak supaya yang terbaik. Sebab itu sekarang ini dalam proses kajian.
“Dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024 penggunaan tersebut (tol tanpa palang) secara cubaan,” katanya di Dewan Rakyat pada hari ini.
Jelasnya, keberkesanan pelaksanaan MLFF telah dibuktikan oleh banyak negara dan kini pihaknya masih mencari waktu yang sesuai untuk digunakan.
“Kita nak melihat keadaannya lebih sesuai kalau digunakan, maka kita menggunakan banyak kaedah-kaedah. Saya sendiri pun telah melihat kaedah tersebut sewaktu di ITS (intelligent transportation system).
“Banyak negara yang menggunakan MLFF dan kegunaannya sangat baik. Jadi insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya dan kita menerima banyak pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen supaya ia menjadi lebih cekap pada masa akan datang,” jelasnya.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: @501Awani/Twitter
BACA: Pengguna Boleh Bayar Kemudian, Ini Fakta Menarik Mengenai Sistem Tol Tanpa Palang Di Thailand