Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

T.O.P Bakal Temui Peminat Malaysia September Ini
Penyanyi rap dan pelakon Korea Selatan, Choi Seung-hyun atau lebih dikenali sebagai T.O.P, mengumumkan jelajah pertemuan peminat solo pertamanya yang diberi nama "Pre-Studio 2026".
Selepas penantian lama, T.O.P akan mengadakan siri jelajah di beberapa bandar di Asia, termasuk Kuala Lumpur. Pengumuman itu dibuat oleh agensinya, TOPSPOT PICTURES, pada Khamis.

Bagi peminat di Malaysia, acara tersebut dijadual berlangsung pada 27 September 2026 (Ahad) di Unifi Arena, yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena.
Fan meeting itu dijangka menjadi peluang istimewa buat peminat tempatan untuk bertemu lebih dekat dengan T.O.P selepas beliau kembali aktif dalam dunia hiburan.
Selain berinteraksi bersama peminat, acara itu turut dijangka menampilkan pelbagai segmen khas yang meraikan perjalanan seni beliau sebagai penyanyi dan pelakon.
Pengumuman jelajah "Pre-Studio 2026" dibuat ketika T.O.P sedang membuat persiapan untuk mengadakan fan meeting di Jepun pada 9 Julai 2026.
Menariknya, acara di Jepun itu dianjurkan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada ahli kelab peminat TOPSX JAPAN atas sokongan berterusan mereka.
Setakat ini, pihak penganjur bagi acara di Kuala Lumpur masih belum diumumkan. Begitu juga dengan maklumat berkaitan harga tiket, pelan tempat duduk serta tarikh jualan tiket yang akan dikongsikan dalam masa terdekat.