Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan mobiliti moden, pemandu di Malaysia kini memberikan penekanan yang lebih besar terhadap aspek keselamatan, kecekapan, dan keselesaan harian. Berdasarkan data daripada Car Fuel Type Summary (2000-2025), penggunaan kenderaan elektrik telah melonjak lebih daripada 300% dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, mencerminkan peralihan jelas dalam keperluan dan jangkaan pemanduan.
Menyahut evolusi ini, Encik Tan Song Chye, Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn. Bhd., berkata: “Toyo Tires bakal memperkenalkan tiga model tayar baharu di bawah siri Proxes dalam tempoh tiga tahun akan datang, di mana setiap satunya dibangunkan untuk menyokong tuntutan prestasi mobiliti moden. Proxes Comfort merupakan model pertama yang dilancarkan di bawah strategi ini, menandakan detik penting dalam pelan hala tuju produk Toyo Tires di Malaysia.”
Proxes Comfort Serba Baharu
Proxes Comfort serba baharu mewakili generasi seterusnya bagi barisan tayar keselesaan unggul Toyo. Dibangunkan di Jepun, Proxes Comfort direka khas untuk mobiliti moden, menggabungkan reka bentuk termaju dengan teknologi terkini bagi memberikan pengalaman pemanduan yang selamat, selesa, dan berkeyakinan di pelbagai permukaan jalan serta keadaan cuaca di Malaysia.
Direka untuk memenuhi tiga kualiti utama yang dicari oleh pemandu Malaysia: cengkaman basah yang kuat untuk menghadapi hujan lebat, pengendalian stabil ketika mengambil selekoh, serta pemanduan yang selesa untuk perjalanan jauh. Proxes Comfort mencapai prestasi ini melalui gabungan reka bentuk bunga tayar yang maju, tekanan sentuhan yang dioptimumkan, serta struktur tayar yang diperhalusi.

Ciri-ciri Utama dan Manfaat
Teras utama Proxes Comfort terletak pada gabungan sebatian bunga tayar yang maju, struktur dalaman yang diperkukuh, serta corak bunga tayar yang dioptimumkan. Secara kolektif, elemen-elemen ini memberikan kestabilan kelajuan yang lebih baik dan prestasi membrek yang unggul dalam keadaan basah mahupun kering.
Kestabilan Kelajuan yang Dipertingkat:
Profil tayar yang dioptimumkan mengurangkan tekanan pada bahagian manik dan pinggiran tali pinggang(bead and belt edge), sekaligus memastikan sentuhan permukaan jalan yang konsisten pada kelajuan tinggi dan semasa mengambil selekoh. Ini menyumbang kepada kestabilan yang lebih tinggi ketika menukar lorong, selekoh tajam, dan pemanduan lebuh raya yang berterusan, terutamanya di bawah pelbagai keadaan bebanan.
Pengendalian & cengkaman basah dan kering yang unggul:
Reka bentuk alur konvensional boleh menyebabkan tekanan sentuhan yang tidak sekata dan mengurangkan kestabilan membrek. Proxes Comfort menangani isu ini melalui Dynamic Taper Design oleh Toyo Tires, yang membantu alur mengekalkan sentuhan yang lebih konsisten dengan permukaan jalan. Ini menambah baik agihan tekanan, meningkatkan kekakuan blok, serta menyokong kestabilan brek dan pengendalian dalam keadaan basah dan kering, termasuk ketika pemberhentian mengejut, hujan lebat, dan trafik sesak.
Berbanding model terdahulu, Proxes CF 2, Proxes Comfort berjaya mencapai jarak membrek 8% lebih pendek di litar kering dan 13% lebih pendek di litar basah, sekaligus mengukuhkan fokusnya terhadap keselamatan dalam pelbagai kondisi jalan raya.

Tayar Proxes Comfort untuk kereta penumpang dan SUV kini tersedia dalam 14 saiz, dengan diameter rim bermula dari 16 hingga 19 inci, dan lebih banyak saiz akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kebanyakan varian memiliki penarafan Extra Load (XL), yang menyokong keperluan berat kenderaan elektrik (BEV), hibrid (HEV), dan hibrid plug-in (PHEV). Antara saiz yang ditawarkan, 11 daripadanya adalah sedia-EV (EV-ready), dengan penarafan keselesaan pemanduan dan pengurangan bunyi pada tahap 5/5, termasuk prestasi bunyi yang dioptimumkan untuk EV.
Direka terutamanya untuk kenderaan segmen B, C, dan E, Proxes Comfort sangat sesuai untuk pemandu yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh dan menghabiskan masa yang lama di lebuh raya. Harga jualan runcit yang disyorkan bermula dari RM279 hingga RM698, bergantung kepada saiz.
Melalui Proxes Comfort, Toyo Tires menawarkan gabungan prestasi, keselamatan, dan keselesaan pemanduan harian yang seimbang untuk jalan raya di Malaysia. Tayar Proxes Comfort kini boleh didapati di pasaran, dan pemandu boleh mengunjungi pengedar Toyo Tires terdekat untuk merasai sendiri kehebatannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Proxes Comfort, anda boleh merujuk kepada pautan produk kami di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toyo Tires, sila layari laman web rasmi, Facebook, Instagram atau TikTok kami.