Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tp-link
Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link bertukar memorandum dengan Prof. Ts. Dr. Nor Badrul Anuar Juma’at, Ketua Pegawai Maklumat UM.
Tiada Kategori

TP-Link, Universiti Malaya Lancar Rangkaian Kampus Berteknologi Wi-Fi 7 Pertama Di Malaysia

Nurul Naqiyah

TP-Link, Universiti Malaya Lancar Rangkaian Kampus Berteknologi Wi-Fi 7 Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 – TP-Link Malaysia dan Universiti Malaya (UM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan rangkaian Wi-Fi 7 berkuasa kecerdasan pintar (AI) yang pertama di negara ini, yang akan menambah kecekapan pelajar dan kakitangan dalam berhubung di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT).

Langkah inovatif ini menjadikan UM sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Wi-Fi 7 terkini, menawarkan kelajuan yang sangat pantas, keselamatan yang dipertingkatkan, dan sambungan tanpa gangguan, sekali gus menetapkan penanda aras baru untuk pembelajaran dan penyelidikan digital di kampus.

Memorandum Persetujuan (MoA) antara TP-Link dan Universiti Malaya menandakan permulaan inisiatif untuk melaksanakan sistem Wi-Fi terkini yang dikuasakan oleh AI. Rangkaian pintar ini akan meningkatkan prestasi dan keselamatan, memastikan pengalaman dalam talian yang lancar untuk semua pelajar dan kakitangan di kampus.

Dengan keupayaan menyesuaikan diri secara pintar mengikut keperluan pengguna, sistem ini akan menyediakan akses internet yang pantas dan boleh dipercayai kepada pelajar, pensyarah, dan penyelidik bila-bila masa diperlukan. Selain itu, sistem ini juga mampu bertindak balas secara automatik terhadap ancaman keselamatan serta memudahkan pengurusan rangkaian melalui papan pemuka berpusat yang intuitif, menjadikan sambungan lebih mudah dan cekap untuk semua.

TP-Link Malaysia akan melengkapi kawasan utama di FCSIT, termasuk Dewan Kuliah 1, Dewan Kuliah 2, dan makmal pembelajaran rangkaian dengan teknologi Wi-Fi 7. Teknologi tanpa wayar terkini tersebut bakal memberikan manfaat kepada lebih 750 pengguna di fakulti berkenaan, menjadikan UM universiti awam pertama di Malaysia dilengkapi dengan rangkaian berprestasi tinggi seperti ini.

Projek terbabit bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran, di mana rangkaian ini mampu menguruskan trafik yang tinggi dan menawarkan sambungan yang konsisten di seluruh kampus.

tp-link
Pengarah serantau TP-Link, Hugo Cai menyatakan rasa bangganya untuk bekerjasama dengan UM dalam meneroka penggunaan teknologi terkini seperti Wi-Fi 7 dan penyelesaian AI yang bersepadu.

Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Hugo Cai, berkata, “Kami berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan UM dalam meneroka penggunaan teknologi canggih seperti Wi-Fi 7 dan penyelesaian AI bersepadu. Projek ini merupakan langkah ke hadapan dalam memacu inovasi dan mempertingkatkan pengalaman digital di Malaysia, terutamanya dalam sektor pendidikan.”

Projek ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ang Tan Fong, dengan sokongan pasukannya termasuk Prof. Ir. Dr. Chan Chee Seng dan Profesor Madya Dr. Ling Teck Chaw. Mereka bertanggungjawab memastikan pelaksanaan teknologi ini berjalan lancar serta menyokong matlamat digital UM dalam pendidikan.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap TP-Link dapat membantu UM dengan menyediakan lebih banyak PoC (proof of concept) untuk menunjukkan bahawa produk mereka mampu memberikan liputan yang lebih baik kepada para pelajar. Kami juga telah berbincang dengan TP-Link mengenai kerjasama lanjut untuk menggunakan beberapa produk mereka sebagai PoC di kawasan lain di kampus UM, jadi kerjasama ini bukanlah terhad kepada fakulti ini sahaja,” kata Prof. Ts. Dr. Nor Badrul Anuar bin Juma’at, ketua pegawai maklumat UM.

tp-link
Dari kiri: Abner Hua, Ketua Bahagian Enterprise, TP-Link, Hugo Cai, Pengarah Wilayah TP-Link, Prof. Ts. Dr. Nor Badrul Anuar Juma’at, Ketua Pegawai Maklumat UM, Prof. Ir. Dr. Chan Chee Seng, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM, sedang meneliti memorandum selepas majlis menandatangani perjanjian.

Kerjasama selama tiga tahun ini akan menyaksikan TP-Link menyediakan peralatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM300,000. Setelah projek selesai, semua peralatan akan diserahkan kepada dan diuruskan oleh UM, mengukuhkan lagi komitmen universiti untuk melangkah ke arah memperkukuhkan infrastruktur digitalnya di masa hadapan.

Pelancaran projek ini mencerminkan dedikasi UM untuk menerima pakai teknologi canggih yang memacu kecemerlangan akademik dan menempatkan universiti terkemuka negara ini di barisan hadapan inovasi. Rangkaian Wi-Fi 7 berkuasa AI ini bukan sahaja akan meningkatkan akses internet, tetapi juga membolehkan pemantauan keselamatan yang lebih baik, pengurusan rangkaian yang lebih cekap, dan analitik data melalui teknologi AI.