Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TPM Fadillah Zahir Takziah Atas Pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak

TAKZIAH
Kredit: Facebook Fadillah Yusof

Pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Tuan Guru Muhammad Haneef Ali, hari ini merupakan satu kehilangan besar buat keluarga persilatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menerusi hantaran di Facebook, Fadillah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak.

“Jasa, ilmu, bimbingan dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

“Salam takziah. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini,” katanya.

Fadillah turut mendoakan agar Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat keredaan-Nya.

Intipati
  • Fadillah Yusof menzahirkan takziah atas pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak hari ini.
  • Allahyarham Muhammad Haneef Ali turut dikenali sebagai Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak.
  • Fadillah berkata jasa, ilmu dan bimbingan Allahyarham akan sentiasa dikenang keluarga persilatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan