Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TPM Zahid Harap Tiada Lagi Tuduhan Keterlaluan, Persepsi Tanpa Kebenaran Isu Tabung Haji

TUDUHAN
Kredit: Facebook Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap tiada lagi pihak melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, ruang untuk setiap persoalan berkaitan institusi berkenaan telah dibuka menerusi Sidang Khas Dewan Rakyat yang membentangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, semalam.

Menurutnya, segala persoalan berhubung laporan berkenaan telah diberi ruang untuk diperbahaskan, diperjelaskan dan dirungkai sebaik-baiknya oleh Ahli Parlimen.

“Mudah-mudahan selepas ini, tiada lagi pihak yang memilih untuk melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Ahmad Zahid berkata, sebarang teguran yang membina perlu disusuli dengan tindakan penuh bertanggungjawab bagi memastikan Tabung Haji terus kukuh dan diyakini pendeposit.

Katanya, perkara itu penting supaya institusi berkenaan tidak lagi dibelenggu polemik berpanjangan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kita kebijaksanaan dalam menilai, hikmah dalam berbicara dan keikhlasan dalam mencari kebenaran… demi kemaslahatan ummah dan kepentingan negara. Insya-Allah,” ujarnya.

Intipati
  • Ahmad Zahid berharap tiada lagi tuduhan keterlaluan berhubung isu Tabung Haji.
  • Beliau berkata laporan RCI Tabung Haji telah dibahaskan dalam Sidang Khas Dewan Rakyat.
  • Zahid menegaskan teguran membina perlu disusuli tindakan bertanggungjawab demi keyakinan pendeposit.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan