Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jentera UMNO di Negeri Sembilan diminta supaya tidak berlengah dan mula mengatur gerak kerja lebih awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekuatan akar umbi menjadi kunci utama untuk memastikan parti itu kembali meraih keyakinan rakyat.
Menurut beliau, semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jentera dan ahli UMNO Negeri Sembilan memberi isyarat bahawa perjuangan parti itu masih kukuh dan perlu terus diperkasakan.
“Bersama lautan merah keluarga besar UMNO Negeri Sembilan yang hadir membawa semangat yang sama yakni terus memperkukuh perjuangan demi rakyat di negeri ini.
“Insya-Allah, saya percaya selagi akar umbi terus teguh berdiri, selagi itulah obor perjuangan akan terus marak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pagi tadi.
Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai banyak masa dan perlu mula bekerja keras dari sekarang bagi memastikan rakyat kembali melihat gabungan itu sebagai pilihan terbaik.
Katanya, usaha mendekati rakyat perlu dilakukan secara berterusan dengan penuh keikhlasan selain membina semula keyakinan melalui kerja yang konsisten.
“Apabila hati bersatu dan langkah sehaluan, UMNO dan BN akan kembali melakar kepercayaan rakyat demi masa depan negeri beradat ini,” ujarnya.