El Oued, Algeria- Lapan bayi maut dalam kebakaran melibatkan unit bersalin sebuah hospital di sini semalam.
Menurut Menteri Kesihatan Algeria, Mohamed Miraoui, kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh peranti penghalau nyamuk yang mengalami kerosakan.
Seramai 11 bayi, 37 ibu dan 28 pekerja berjaya diselamatkan selepas api bermula pada 4 pagi waktu tempatan, kata anggota keselamatan bertugas.
Tambahnya, tiga daripada lapan bayi yang terkorban meninggal dunia akibat terbakar manakala lima lagi disebabkan sesak nafas.
Sumber: The Washington Post
