Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trak Meletup Di Mogadishu Ragut 30 Nyawa

Gambar : Google

Mogadishu : Lebih 30 orang termasuk orang awam dan askar kerajaan terbunuh manakala ramai lagi cedera, apabila pengebom bunuh diri meletupkan sebuah trak di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu, Somalia pada Sabtu pagi, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai.

Kejadian berlaku di persimpangan Ex-Control Afgoye di kawasan pinggir bandar di barat daya Mogadishu ketika waktu puncak.

“Pelajar sekolah dan penuntut universiti antara yang terbunuh dalam serangan itu,” kata jurucakap kerajaan Somalia Ismail Mukhtar Orango,

Angka korban dijangka meningkat, katanya.

Siasatan sedang dijalankan dan setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Sumber : Bernama