Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Berikrar Ambil Alih Terminal Minyak Iran, Lancar Serangan Baharu

Hannah
trump iran
Gambar: AFP

Trump Berikrar Ambil Alih Terminal Minyak Iran, Lancar Serangan Baharu

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis berikrar untuk melancarkan serangan baharu terhadap Iran serta berjanji akan mengambil alih infrastruktur minyak utama negara itu.

Ia sekali gus menandakan kemungkinan peningkatan ketara dalam konflik yang sedang berlangsung, lapor AFP.

"Amerika Syarikat akan menyerang Iran... DENGAN SANGAT HEBAT MALAM INI.

"Pada suatu ketika dalam masa yang tidak terlalu lama lagi, kami akan mengambil alih Pulau Kharg dan beberapa lagi lokasi infrastruktur minyak, serta menguasai sepenuhnya pasaran minyak dan gas mereka, sebagaimana yang telah kami lakukan terhadap Venezuela," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan bagaimana operasi tersebut akan dilaksanakan.

Menurut AFP, penganalisis berpendapat sebarang usaha untuk menguasai terminal minyak Iran berkemungkinan memerlukan penglibatan ketenteraan yang lebih besar, termasuk kehadiran pasukan darat AS.

Beliau sebelum ini turut membangkitkan kemungkinan mengambil alih Pulau Kharg pada peringkat awal perang antara AS dan Israel dengan Iran yang bermula pada 28 Februari.

Untuk info, Pulau Kharg merupakan pusat utama industri eksport minyak Iran dan menjadi tunjang penting kepada ekonomi negara itu yang terjejas teruk.

Pulau tersebut terletak di pesisir Teluk Iran, ratusan kilometer di barat laut Selat Hormuz yang sempit tetapi sangat strategik.

Dalam pada itu, AS turut mendakwa telah mengambil alih kawalan industri minyak Venezuela selepas menggulingkan dan menahan presidennya, Nicolás Maduro, pada Januari lalu.