Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Gesa Negara Kuasa Dunia Hantar Kapal Perang Ke Selat Hormuz

Athirah
Selat Hormuz
Kredit: AFP

Trump Gesa Negara Kuasa Dunia Hantar Kapal Perang Ke Selat Hormuz

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa negara lain tampil membantu mengamankan laluan perkapalan strategik yang terjejas akibat konflik dengan Iran, lapor AFP.

Gesaan itu dibuat ketika pertikaian yang memasuki minggu kedua menunjukkan tiada tanda reda, selepas serangan turut menimpa Kedutaan AS di Baghdad serta sebuah kemudahan tenaga utama di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keseluruhan rantau Teluk kini berada dalam cengkaman konflik, sekali gus memberi impak mengejut kepada ekonomi global.

Dalam pada itu, harga minyak turut melonjak 40 peratus susulan penutupan laluan strategik Selat Hormuz oleh Iran dan serangan terhadap kemudahan tenaga di Teluk.

AFP melaporkan, awan asap hitam dilihat naik di Fujairah, lokasi terminal penyimpanan dan eksport minyak utama Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tentera AS turut menyerang Pulau Kharg

Kedutaan Washington di Iraq pula menjadi sasaran dron buat kali kedua dalam konflik itu, manakala konsulat UAE di wilayah Kurdistan Iraq turut diserang kali kedua dalam tempoh seminggu.

Di Kuwait, beberapa dron menyerang lapangan terbang antarabangsa, mengenai sistem radar tanpa mencederakan sesiapa.

Presiden AS, Donald Trump, berkata beberapa negara dijangka menghantar kapal perang bersama AS bagi memastikan Selat Hormuz kekal terbuka dan selamat.

Beliau menamakan China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom (UK) sebagai antara negara yang diharap menyertai usaha itu.

Tentera AS turut menyerang Pulau Kharg Jumaat lalu, lokasi hampir semua eksport minyak Iran. Sebaliknya, Iran mengancam syarikat minyak dan tenaga yang berkaitan AS akan “dijadikan timbunan abu” jika diserang.

Konflik terus memuncak dengan laporan media tempatan Iran mengenai serangan di beberapa wilayah termasuk Isfahan, yang mengorbankan 15 orang.

Kementerian Kesihatan Iran memaklumkan lebih 1,200 orang terbunuh akibat serangan AS dan Israel, manakala sehingga 3.2 juta orang terpaksa berpindah, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber:AFP