Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Kata Iran Minta Gencatan Senjata
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata pada Rabu bahawa Iran telah meminta gencatan senjata tetapi Amerika Syarikat hanya akan mempertimbangkannya sebaik sahaja Selat Hormuz dibenarkan untuk urusan perkapalan.
"Presiden Iran baru sahaja meminta Amerika Syarikat gencatan senjata.
"Kami akan mempertimbangkan bila Selat Hormuz terbuka, bebas, dan bersih. Sehingga itu, kami meletupkan Iran sampai lenyap atau seperti yang mereka katakan, kembali ke Zaman Batu," tulis Trump di platform Truth Socialnya.
Tiada pengesahan mengenai dakwaan Trump terhadap permintaan gencatan senjata itu, lapor AFP
Maklumat lanjut akan menyusul.