Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Nilai Prestasi “15 Dari 10”, Dakwa AS & Israel Berkedudukan 'Sangat Kukuh' Berdepan Iran

Athirah
AS
Kredit: AFP

Trump Nilai Prestasi “15 Dari 10”, Dakwa AS & Israel Berkedudukan 'Sangat Kukuh' Berdepan Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan AS dan Israel berada dalam kedudukan yang kukuh dalam konflik menentang Iran sambil berikrar untuk terus menentang republik Islam itu, lapor AFP.

Trump menegaskan bahawa individu yang berpotensi menggantikan pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, "akan berakhir dengan kematian".

Beliau turut mendakwa bahawa keupayaan ketenteraan Tehran sedang dimusnahkan dengan pantas.

"Kita menunjukkan prestasi baik di medan perang. Jika hendak dipermudahkan dan dinilai pada skala 10, saya akan katakan sekitar 15

"Kita kini berada dalam kedudukan yang sangat kukuh, dan kepimpinan mereka sedang terhakis dengan pantas

"Sesiapa yang berhasrat menjadi pemimpin akhirnya akan menemui kematian," kata Trump kepada sekumpulan ketua syarikat teknologi di Rumah Putih.

Berucap pada hari kelima konflik, Trump mengulangi justifikasinya menyerang Iran mendakwa Tehran sedang bergerak ke arah memiliki senjata nuklear.

"Apabila individu yang tidak waras memiliki senjata nuklear, perkara buruk pasti berlaku," tambahnya lagi.

Sumber:AFP