Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

Hannah
trump puji malaysia
Gambar: AFP

Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan hasratnya untuk melihat kereta ultra-kompak dibina dan digunakan di AS selepas beliau melihat banyak model seumpamanya semasa lawatan ke Asia kira-kira sebulan lalu.

Beliau menyifatkan kereta tersebut sebagai ‘sangat kecil’ dan ‘comel’ ketika hadir pada satu acara di Rumah Putih.

Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah meminta Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy, untuk menyokong serta-merta perubahan peraturan yang membolehkan pengeluaran kereta tersebut di AS.

“Jika anda pergi ke Jepun, Korea Selatan dan Malaysia, mereka mempunyai kereta yang sangat kecil… Sangat kecil dan benar-benar comel.

“Anda tidak dibenarkan membinanya di sini. Jadi, saya telah memberi kuasa kepada setiausaha untuk segera meluluskan pengeluaran kereta-kereta itu,” kata Trump, menurut video yang kini tular di media sosial.

BACA: Akui ‘Kalah’ Dengan Malaysia, Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

Sumber: @Acyn/X