Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
indonesia kalah
Gambar: ANTARA

Akui ‘Kalah’ Dengan Malaysia, Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia 

Hannah

Akui ‘Kalah’ Dengan Malaysia, Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa, mengakui bahawa corak pelaburan di negara itu masih belum teratur.

Menurut beliau, Indonesia masih jauh ketinggalan berbanding beberapa negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Jelasnya, pelaksanaan sistem One Single Submission (OSS) yang sepatutnya memudahkan urusan pelaburan masih belum berfungsi dengan baik.

“Corak pelaburan kita masih tidak terurus, memang betul. Kita ada OSS, tetapi sehingga kini belum selesai. Kalau tidak kerana masalah ini, ekonomi kita sudah boleh bergerak lebih laju dan pelaburan pun boleh melonjak. Sekarang kita kalah dengan Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Rapat Pimpinan Nasional (Rapimnas) Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Indonesia di Jakarta, lapor Tirto.id.

Purbaya turut memberi contoh bagaimana Indonesia ‘tewas’ dalam persaingan mendapatkan pelaburan apabila gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), NVIDIA, membuat keputusan penting. Syarikat itu memilih Johor, Malaysia sebagai lokasi pembinaan pusat data AI berteknologi tinggi.

‘Bengang’ bila terima jawapan sama pasal hambatan pelaburan

Tambah beliau, banyak usaha penambahbaikan corak pelaburan selama ini hanya berlaku di atas kertas. Malah, apabila beliau meminta laporan mengenai cabaran pelaburan, jawapan yang diterima sering kali ‘tidak ada’.

“Tetapi pelaburan yang masuk tidak banyak. Bila saya tanya pemain industri, jawapannya tetap sama. Kusut, kata mereka,” jelasnya.

Justeru, bagi mengatasi masalah itu, Purbaya telah mencadangkan kepada Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto, supaya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyelesaikan segala cabaran pelaburan.

“Pak Menko setuju, Pak Presiden pun setuju. Task force ini sudah diwujudkan dan dilancarkan. Terdapat tiga pasukan kerja (Pokja), dan salah satu yang penting ialah Pokja debottlenecking. Para penggiat industri boleh melaporkan sebarang halangan perniagaan, dan kami akan menyelesaikannya dalam tempoh seminggu,” katanya.

BACA: Penyebab Musibah Di Indonesia

Sumber: Tirto.id