Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Kawasan Di Empat Negeri Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

ipu
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Tujuh kawasan di empat negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan empat daripadanya di Sarawak.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak itu melibatkan IPD Serian yang mencatat IPU 194, sekali gus menghampiri tahap sangat tidak sihat, selain Kuching (183), Sri Aman (177) dan Samarahan (175).

Tiga lagi kawasan yang merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor dengan bacaan 157, diikuti Sungai Petani di Kedah (140) dan Taiping, Perak (121).

Selain itu, 61 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara ambien negara menerusi 68 stesen pengawasan bagi mengesan sebarang perubahan ketara yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar, dengan data IPU dikemas kini pada setiap jam.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Tujuh kawasan di empat negeri mencatat IPU tidak sihat setakat 9 pagi.
  • IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi 194, menghampiri tahap sangat tidak sihat.
  • Sebanyak 61 kawasan mencatat kualiti udara sederhana, tanpa bacaan baik atau berbahaya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan