Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
Negeri Diramal Hujan Lebat
Kredit; Bernama

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sabah.

"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Bagi Perak pula di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Kelantan meliputi daerah Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Di Terengganu beberapa kawasan diramal hujan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

"Selain di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang.

"Beralih ke Sabah, beberapa kawasan dijangka hujan seperti Pedalaman (Tenom dan Nabawan)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.