Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta dan Kampar. Manakala di Terengganu termasuk Dungun dan Kemaman.
“Bagi Pahang, antara kawasan diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, beberapa kawasan di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Hulu Langat juga diramal hujan.
“Sementara di Johor, daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi diramal hujan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” maklum MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia