Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Hujan lebat hingga malam ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini. 

Hujan lebat hingga malam ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Kelantan.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Hilir Perak dan Kuala Kangsar.

“Manakala di Pahang pula Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong. Selain itu, Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Gombak.

“Di Johor pula termasuk Kluang, Kota Tinggi dan Mersing. Sementara di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Kanowit), Kapit (Song).

“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Sandakan (Sandakan, Kinabatangan dan Tongod), Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Sook, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri hingga 7 malam.
  • Kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan